Social Icons

Siapa Saya



Jom Kenali Saya

Salam semua...

Nama diberi oleh kedua ibu bapa saya adalah Sri Widias Tuti Asnam Rajo Intan

Sahabat2 boleh panggil saya Sri ..

Saya menetap di Bandar Baru Salak Tinggi

Seorang ibu bekerjaya yang sangat berminat dan mementingkan penyusuan susu ibu

Bercerita mengenai perjalanan penyusuan saya, Alhamdulillah.. Allah telah memberikan keizinan kepada saya untuk menyusukan si manja saya, Fahri dan Fitri lebih 2 tahun..

Kini saya sedang menyusukan anak ketiga dan yang kini telah pon berusia 8 bulan lebih..

Bagaimana saya telah terjebak dengan Shaklee ?


Saya mula mengenali Shaklee semasa breastfeeding journey saya bersama Fahri.. anak pertama.. Masa tu Fahri dah pon berusia Setahun 3 bulan..

Masa tu tak lama lagi bulan Ramadhan.. Saya mula gelisah bagaimana ingin mencukupkan stok untuk Fahri semasa bulan puasa kerana semasa bulan puasa yang lalu, saya menghadapi krisis stok dan stress yang teramat sangat untuk mencukupkan stok susu Fahri yang pada ketika itu baru berusia 4 bulan

Terus terang saya katakana di sini, saya terpaksa mencampurkan susu Fahri dengan susu Formula ketika itu.. Stok saya pada ketika itu adalah " perah hari ini untuk esok.. perah esok untuk lusa"

Sadis kan.. huhuhu..

Alhamdulillah, dengan Shaklee, breastfeeding journey saya selepas itu lebih mudah.. Saya jadi lebih bertenaga dan bersemangat untuk pam susu walaupon berpuasa.. Tipu lah kalau saya kata saya tak penat langsung menyusu dan berpuasa.. Tapi Alhamdulillah.. keadaan sangat berbeza... jumlah susu yang saya dapat tak jauh berbeza.. pertambahan 1-2 ouns.. Tapi susu saya memang berbeza jika tidak ambil suplemen breastfeeding Shaklee..

Tanpa suplemen, saya mudah stress, penat, terlalu risau dengan kuantiti susu dan banyak lagi fikiran negatif

Dengan Suplemen Shaklee saya lebih bertenaga, susu lebih pekat dan nampak nyummy,jumlah pertambahan ouns susu dalam setiap perahan dan tiada lagi perasaan risau sangat susu tak cukup..

Pastinya konsep "DEMAND & SUPPLY" tidak dilupa.. 


c-heartsri.blogspot.com akan diupgrade ke srifairus.com


Merupakan blog peribadi dan Bizz saya dalam Shaklee dan kelengkapan penyusuan dan Ebook

Anda boleh menghubungi saya bila2 masa untuk mendapatkan khidmat nasihat secara percuma  atau membeli produk Shaklee, barang2 penyusuan susu ibu  dengan harga berpatutan dan mampu milik.

Bagi yang menghadapi masalah penyusuan, boleh juga menghubungi saya untuk bimbingan penyusuan kerana saya juga merupakan salah seorang "Peer Counselor Breastfeeding" anda yang terlatih di bawah program UNICEF dengan kerjasama susuibu.com

Moga Allah memberkati usaha saya yang sedikit ini dan semoga anda juga mendapat manfaat dari blog ini..

Terima Kasih dan selamat membaca!!!


Salam Sayang,

Sri Widias
22 Julai 2015
019 333 7371
sri_asn@yahoo.com






No comments:

Post a Comment