Social Icons

pencarian nursery untuk fahri..

last week, kami pergi jalan-jalan kat area taman pinggiran putra..
banyak giler nursery area situ rupanya.. ada yang mahal, ada yang murah..

b4 nie fahri dijaga oleh pengasuh.. aku jadi berdebar plk memikirkan mcm mn fahri kat nursery nanti.. aduhai...

Risau sangat.. Fahri ni jenis kuat makan dan kurang menyusu.. aku plk susu mmg sehari dapat paling bnyk pon 9 oz jer tapi cukup untuk fahri(2 kali minum).. .. risau plk bila nursery jg, kata susu bnyk tu jadi tak cukup...

Fahri dgn ibu dia(pengasuh) dia mmg sangat manja.. walaupun ibu dia tu ada jaga 3 lagi budak lain, tp fahri la yang paling manja kerana mengasuh fahri sejak lepas pantang lagi.. yang lain tu datang ke rumah tu bila dah berumur lebih dari setahun..

yang buat aku tambah risau, fahri ni dulu tido buai.. br sebulan ni, aku minta ibu dia ajar tido bawah.. ibu dia citer, mmg payah.. nak kene usap, tepuk, garu dan layan la apa karenah dia sebelum tido.. kat nursery nnt cmne??

one more things, dia ni lembut.. tapi tak pandai nak berkongsi.. nak berebut apa tah lg.. klu kat umah ibu dia tak dapat apa dia nak, mengamuk/nangis ajer la.. then ibu dia pasti akan penuhi apa yg dia nak.. kat nursery nanti boleh ke cmni??

Risau..risau.. dgn antibodi dia yang agak lemah lps kene misles tue.. aku cuba positifkan diri.. fahri perlu belajar berkawan, berkongsi, explore dunia kanak2 dia dgn kanak2 yang lain..

Sekadar meluahkan rasa kerisauan seorang ibu.. insyaAllah, fahri anak yang bijak untuk menyesuaikan dirinya di Nursery nanti... itu doaku..

Kat bawah ni aku tepek kan skali gambar fahri makan durian.. boleh tahan bnyk gak ler dia mkn.. ada la seulas lebih.. hehehe(ikut mama n papa yang hantu durian kot..)


tu dia.. budak comot..


ni mama fahri yang mkn.. hehhe..


durian ni nyummy la mama... hehe

Ps: umah kami skrg penuh dgn kotak.. dalam proses nak pindah.. 1 ogos nnt..
ada saper2 yang sukarela nak jadi mover?? hehhee

Perjalanan Penyusuanku...

Suatu ketika dulu... walaupun tidak sebanyak orang lain, tapi aku tetap bersyukur..
stok ini aku dapat hasilkan apabila Fahri kurang menyusu apabila telah mula makan sejak usia 6 bulan...

Hari ini Fahri telah pun berumur 1 tahun 2 bulan dan 19 hari.. Alhamdulillah, pada ketika ini, aku masih mampu Fully breastfeed Fahri tanpa top up dgn artificial milk.. Tapi perjalanan penyusuan ini bukanlah mudah seperti orang lain yang dikurniakan susu yang melimpah ruah.. Tapi aku tetap bersyukur..

Rezeki yang Allah kurniakan untuk aku menyusu kan Fahri pada ketika ini hanya cukup2 untuk stok esok harinya. Selalunya aku akan menambahkan sesi mengepam 2 kali di rumah iaitu pada pkl 7 mlm dan 6 pg. Di pejabat aku masih mengekalkan sesi mengepam 3 kali. Pon bgitu aku masih tidak dapat membuat stok susu untuk Fahri..


Ramadhan akan tiba kurang dari sebulan lagi.. sebenarnya aku agak risau dengan kedatangan ramadhan pada kali ini.. Bukannya aku tak suka.. malah aku amat bersyukur kerana jika ada umur yang panjang, aku masih dapat berjumpa dengan bulan yang penuh dengan rahmat.. Bulan yang penuh dengan barakah dan keampunan.. Allah telah membuka pintu syurga seluas-luasnya pada bulan ini.. tapi pengalaman lalu membuatkan aku berfikir.. mampukah aku meneruskan perjuangan penyusuan ini??


Pada ramadhan yang lalu, fahri mengalami growthspurt.. Pada ketika itu umurnya 4 bulan lebih. Susu yang ku bekalkan pada pengasuh fahri sebanyak 14-16 oz sehari memang tidak mencukupi.. Aku takut mimpi ngeri itu berulang kembali.. masa lunch hour tadi beli barang kat giant dan ternampak deretan tin susu formula.. perlukah aku spare kan lg tin itu dirumah ku... Ya Allah..

Sekarang, aku masih berusaha untuk membuat stok semula.. tapi masih belum berjaya.. jika ada susu yang berlebih hari ini untuk stok, pasti akan digunakan semula tidak lama selepas itu.. susu yang dihasilkan ada pasang surutnya.. aku masih berusaha untuk meningkatkan kembali penghasilan susu aku. dari power pumping hinggalah pemakanan makanan tambahan untuk menghasilkan susu sedang diusakan.. tp Fahri nampaknya kurang bekerjasama untuk direct feeding setelah dapat kaki nie.. Stimulation dari mulut munggilnya itu tidak dapat digunakan dengan sebaiknya..

kalau dingat kembali, halangan-halangan yang aku lalui untuk breastfeeding fahri mungkin tak jauh beza dari sahabat-sahabat lain yang seperjuangan denganku.. kurang mendapat sokongan keluarga, tak dapat membuat stok yang banyak semasa pantang, kepenatan, fahri yang seakan-akan tidak kenyang-kenyang adalah lumrah.. mujur tekadku untuk menyusukan Fahri hanya dengan susu ibu masih utuh dan semoga ia tetap utuh..

Ya Allah.. aku memohon kepadamu, Kau murahkanlah rezeki untuk anakku menikmati khasiat susu ibunya. Aku memohon kepadaMu Ya Allah.. Aku terlalu ingin untuk menyusukan anakku sehingga dia berusia 2 tahun.. Kau permudahkanlah perjalanan penyusuanku ini Ya Allah.. Aku hanya ingin kembali kepada fitrah... Amin...

PS: dengan rasa rendah hati, nak minta kawan2 yang baca ebtry ni tolong doakan sekali yerk.. terima kasih.. :)

mata fahri bengkak..


Ini dia mata sepet sebelah..


tp fahri tak tunjuk plk tanda2 mata tu sakit ke apa.. merengek pon tak..


kesian anak mama...
Tak tau apasal mata dia tue.. sabtu aritu lps pg kenduri kawin, kami terus pg umah tok papa fahri di Shah Alam (papa aku..hehe) Malam tu, slps buat solat maghrib, solat hajat dan bacaan yasin serta solat isyak berjemaah, kami ada BBQ.. family members jer.. ada la 2 3 kerat kawan2 baik adik beradik yang lain.. best and happening... tp aku tak amik gambar plk mlm tue.. apa sal ntah.. hehehe (luper la makcik.. sibuk la konon...)

bngn tido semalam(ahad), tup tup bengkak plk mata dia.. Dah la ada kenduri len tnghhr tu nak pg.. Kesian anak mama.. pg kenduri dgn mata bengkak cmtu.. selsema plk tue.. adus.

Menjelang ptg nampak makin teruk tp bila dia dah tido, aku tngk dah surut skit.. alhamdulillah.. tak jd ler bwk pg klinik..
pg nie aku tngk dah mkn elok.. alhamdulillah.. tp kat badan dia bnyk giler kesan gigitan.. nyamuk kat umah tok papa fahri geram agaknyer dgn darh manis dia tue.. hehhee..

PS : mak long fahri kata maybe kene gigit semut... ye la kot.. umah tok papa tue br lps repair/renovate.. mmg bnyk benda asing.. hehhehe

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN semasa duduk antara dua sujud

Dalam tidak sedar. Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.. Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku) Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah

Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,
Warhamni (sayangi aku) Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Warfa'nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Wa'Aafinii (sihatkan aku)
Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selsai, diamlah sejenaklalu sampaikan rasa syukur kita Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja.. Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu tetapi hati antara tidak dan mahu pantaslah Allah perlakukan kita begitu.

PS: amik dari e-mail dari seorang sahabat.. mari kita renungkan bersama..

nak mamam sendiri...

video

the most reason why i really enjoy on weekend is 'melayan karenah ' Fahri..

Macam2... nak mkn sendiri.. main je lebih nasi tue.. nasib baik aku dah suap banyak le juga..

kalau harap dia suap sendiri, berapa butir jer aku rasa masuk kat perut dia.. hehheh

yang paling bestnyer bab nak mengemaskan makanan yang bersepah tue.. adus...

PS: Fahri manja dia sekarang semacam...


World Cup Version Fahri...

video

Date : 11 July 2010

Venue : Taman Bukit Jalil

Game : papa Vs Tores Fahri

Score : 0-1 (hehehe)

He really tired after that and slept in my arm when we went home.. hehehe..


i am still waiting....

Ya Allah...

penantian satu penyeksaan..

tepon mak, tepon sorang kakak yang ku percayai untuk melegakan keresahan hati...

Semoga Allah melembutka hati2 mereka.. Amin..

ps : Semua yang ku lakukan hanya kerana untuk menggembirakan keluargaku...

fahri @14 months..


My sweetheart.. (this picture was taken on his first besday.. ikut mama pg outstation at JB)


what he will do now :


1. pointing correctly another part at his body like when we ask where is the nose, fingers, baju, seluar n kaki. currently we have teach him "mana telinga" hehe..


2. A few words that he can sound correctly like buah, ayer (air), ball and with his own slang such as kopo (keropok), boo (book)..


3. really like wearing his shoes..


4. walk steadily.. u turn, reverse...


5. really like eating apple... he pronounce apple as popol..


6. he like playing 'kejar-kejar' with us... hehe.. so funny..


7. eagerly want to spoon by himself.. nak mkn sendiri plk.. adus..


8. really like to watch book with picture.normally we show him discovery channel megazine.. when we show him gajah picture, he will make the sound like gajah.. "mooooOOOOoo" clever boy.. kissing cat and camel picture are the common things that he will do..


mama alway pray to Allah.. anak mama will growing up healthy always.. mama love you very much..

i've got sms that make me happy...

yesterday, i have sent sms to person that interviewed me last thursday..

me : salam. mejar, sorry if my sms will disturb you.just want to know whether i still have the opportunity to be part as your team? :)

he replied : salam. saya dah minta hr prepare offer letter to you.

me : Tq mejar. bila saya dah masuk sana, saya blanja makan.. hehe

he replied : ok


thats mean, i've got that job.. Syukur Ya Allah

Now, i am patiently waiting for the offer letter..


Ps: how about others that still remain here??

BILANGAN PENYUSUAN YANG MENIMBULKAN IKATAN MAHRAM

بسم الله الرحمن الرحيم

Soalan;
Salam ustaz, berkaitan dengan ibu susuan .Banyak yang kata keperluan 5 kali kenyang. Saya pernah bertanya dengan beberapa ust. yang jelas tidak perlu 5 kali kenyang cukup sekali yang kenyang yakni bayi tesebut selesai menyusu sekali atau sebotol susu 60ml atau cukup dia menyusu sekali sahaja. Harap dapat penjelasan. Tk

Jawapan;

Terdapat khilaf di kalangan ulamak dalam menentukan bilangan penyusuan yang akan menimbulkan ikatan mahram di antara anak susuan dan ibu yang menyusuinya.

Pandangan pertama; iaitulah pandangan Imam ‘Atha’, Thawus, Imam Syafi’ie, Imam Ahmad (mengikut pandangannya yang rajih), Ibnu Hazm dan ahli-ahli hadis; penyusuan yang akan menimbulkan ikatan mahram ialah penyusuan yang tidak kurang dari lima kali penyusuan yang terpisah. Dalil mereka ialah hadis dari ‘Aisyah –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan; “Pada permulaannya diturunkan di dalam al-Quran; sepuluh kali penyusuan yang diketahui (yakni berasingan) barulah akan mengharamkan (yakni menimbulkan ikatan mahram). Kemudian dinasakhkan bilangan sepuluh kali itu dengan lima kali penyusuan yang diketahui. Rasulullah wafat dalam keadaan bilangan penyusuan itu masih merupakan ayat yang dibaca dari al-Quran”. (Riwayat Imam Muslim, Abu Daud, at-Tirmizi dan an-Nasai).

Hadis ini telah mengikat keumuman penyusuan dalam al-Quran dan as-Sunnah. Walaupun dalam al-Quran Allah hanya menyebutkan penyusuan secara umum akan menyebabkan terjadinya ikatan mahram antara anak yang disusui dan ibu yang menyusuinya (serta saudara-saudara susuannya) tanpa menentukan bilangan tertentu terhadap penyusuan yang dilakukan, namun hadis diatas telah mengikat keumuman tersebut dengan sepuluh kali penyusuan yang kemudiannya –sebelum kewafatan Nabi- diubah oleh Syarak kepada hanya lima kali penyusuan. (Fiqh as-Sunnah, 2/50).

Pandangan kedua; iaitu pandangan Sa’id bin al-Musayyib, al-Hasan al-Basri, al-Auza’ie, Imam Abu Hanifah, Malik dan Ahmad (mengikut satu riwayat); penyusuan sama ada banyak atau sedikit akan menghasilkan ikatan mahram. Menurut pandangan ini; walau dengan hanya sekali penyusuan, akan terhasillah ikatan mahram. Mereka berdalilkan kemutlakan (keumuman) ayat al-Quran (iaitu ayat 23 dari surah an-Nisa’) yang menyebutkan tentang mahram susuan di mana ayat itu tidak menghadkan bilangan penyusuan. Selain itu mereka juga berdalilkan hadis berikut;

Dari ‘Uqbah bin al-Harith –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan; Aku telah mengahwini Ummu Yahya binti Abi Ihab. Kemudian muncul seorang wanita berkulit hitam yang mendakwa dia telah menyusui kami berdua. Aku pun pergi kepada Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- dan memberitahunya. Lalu baginda berpaling dariku. Aku pun berkata kepada baginda; “Ya Rasulullah, aku rasa wanita itu berdusta”. Baginda menjawab kepadaku; “Mana kamu tahu ia berdusta sedangkan ia telah berkata apa yang dikatainya? Tinggalkanlah isteri kamu itu (yakni berpisahlah dengan isteri kamu itu)”. (Riwayat Imam al-Bukhari dan Abu Daud. Terjemahan berdasarkan lafaz Abu Daud).

Dalam hadis di atas Nabi tidak menyoalpun berapa kali penyusuan yang telah wanita itu lakukan, akan tetapi Nabi terus menyuruh ‘Uqbah berpisah dengan wanita itu. Ini menunjukkan bahawa yang diambil perkiraan ialah dengan semata-mata wujudnya penyusuan. Asalkan terdapat makna penyusuan, maka terdapatlah hukumnya. Menurut Imam an-Nawawi; pandangan ini adalah pandangan jumhur ulamak. (Tuhfah al-Ahwazi) Pandangan ini juga yang disokong oleh Imam al-Bukhari. (Tuhfah al-Ahwazi)

Pandangan ketiga; iaitu Pandangan Imam Ibnu Munzir, Abu Tsur, Daud Dzahiri dan Imam Ahmad (mengikut satu riwayat lain darinya); sekurang-kurangnya tiga kali penyusuan. Mereka berdalilkan hadis di mana Rasulullah bersabda;

لاَ تُحَرِّمُ الْمَصَّةُ وَالْمَصَّتَانِ
“Tidak akan mengharamkan (yakni menimbulkan ikatan mahram) dengan hanya sekali dan dua kali hisapan (yakni penyusuan)”. (Riwayat Imam Muslim, Abu Daud, at-Tirmizi dari ‘Aisyah –radhiyallahu ‘anha-).

Dalam hadis di atas Nabi menyebutkan tidak akan menjadi mahram dengan sekali atau dua kali hisapan. Jadi hadis ini menunjukkan bahawa penyusuan yang kurang dari tiga kali tidak akan menghasilkan ikatan mahram.

Pandangan yang ditarjih oleh ulamak-ulamak semasa hari ini ialah yang pertama iaitu sekurang-kurangnya lima kali penyusuan. Pandangan itulah juga yang dipakai oleh Majlis-Majlis Fatwa di dunia Islam hari ini seperti Mesir, Arab Saudi, Malaysia dan sebagainya.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Fiqh as-Sunnah, jilid 2, bab al-Muharramaat min an-Nisa’ (hlm. 49-50).
2. Tuhfah al-Ahwazi, Syarah Sunan at-Tirmizi, juz 3, bab Ma Ja-a La Tuharrimu al-Massatu wa al-Massataan (hlm. 229).
3. Tamam al-Minnah Fi Fiqh al-Kitab wa Sohih as-Sunnah, 3/82.
4. Bidayatul-Mujtahid, 2/43-44.

- USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Ps : terdetik dalam hati untuk menyusukan bayi kakak saudaraku yang baru berusia 17 hari. Dia terlantar di ICU setelah mengalami usus pecah.

Perlukah suplemen??

Bismillahirrahmanirrahim..
Just nak share pada kawan2 kat luar sana bahawa aku skrg juga sedang mencuba suplement shaklee untuk membantu meng'up'kan kembali milk production aku.. dah sebulan aku amik set B (alfalfa, b compleks, vit c, n multivitamin), alhamdulillah, susu maintain jer.. masih cukup walaupon tak dapat buat stok.. susu mmg extra pekat.. subhanallah.. maybe sbb tu fahri dah kurang bangun malam menyusu.. tp aku plk masih mls nak bngn pam tngh malam.. maybe sbb tu susu belum berjaya di hasilkan dengan kadar memuaskan.. ye lah.. demand and supply concept ni.. semakin kerap kita kosongkan breast, semakin banyak la susu dihasilkan..

Tapi, apa yang aku perasan, aku semakin tenang dan sabar.. maybe, kesan dari pengambilan B compleks.. (fakta ni juga diberitahu kat packing B-compleks tu..)

Tapi dalam pada tu, sebenarnya jiwa kita perlukan suplemen.. tips-tips kat bawah ni aku amik dari blog seorang sahabat yang juga pengedar shaklee dan ibu yang menyusukan anaknyer.. TQ along.


Semoga dapat dimanfaatkan oleh kita semua dan marilah kita amalkannya :


•Jaga solat
•Jika ada kelapangan lakukan solat-solat sunat seperti solat Dhuha, solat taubat, solat hajat, solat tahajud
•Amalkan zikir Ya Matin(Kukuh)- perbanyakkan susu, zikir sebanyak-banyaknya dengan hati yang ikhlas, Insyaallah kesulitan kita akan lenyap
•Zikir Ya Wahhab(Maha Pemberi) - 300x setiap hari setelah selesai solat 5 waktu, akan termakbul permohonannya
•Zikir Ya Lathiff - 133x setiap hari, hikmahnya akan memperolehi taufiq dan hidayah dari ALLAH swt. Insyaallah akan berhasil dalam setiap usaha dan dilimpahi rezekinya
•Perbanyakkan istighfar dan selawat setiap hari (100x)
•Setiap malam baca Al Waqiah kerana ini adalah surah kekayaan dan dipermudahkan di dalam setiap apa yang kita lakukan. Sebelum baca baca dalam hati dengan niat untuk sedekahkan kepada suami, anak-anak, ibubapa kita, kaum Muslimin dan Musliman juga Insyaallah akan dilembutkan hati-hati mereka, dimurahkan rezeki juga
•Jangan lupa sebelum memulakan sesuatu bacalah Bismillah

Ps : perjuangan harus diteruskan demi permata hatiku...

Tores kenit beraksi....


anak beranak kaki bola...

kelakor... tu yang aku leh gambarkan bila aku tengok ragam dua beranak nie... papanya yang demam bola, diterjemahkan kepada anaknya yang baru pandai berjalan.. (pon suka main bola... hehheheh)...

Last week lepas dapat gaji, papa fahri pg menyopingkan diri untuk mendapatkan jersey spain (menandakan penyokong spain ler agaknyer tue) untuk anaknya... jersey tu agak besar.. tapi belasah je la.. aku tak tanya plak kat mana dia beli jersey tue.. dengan rakan tempat keje agaknya

selepas mengenakan jersey bersama kasut yang aku baru menyopingkan diri di Sogo, papanya sibuk mengambil gambar Fahri menyepak bola seperti wartawan sport lagaknya.. tp gambar2 nyer hampes hasil kamera yang tak de anti shake py fungsi... hehehhe (bile la nak dapat DSLR nih..)

pun begitu, detik2 ini harus disemadikan di dalam blog kesayangan ku ini untuk dijadikan kenangan dikemudian hari.. jadi le dari tak de gambar.. aku mmg seronok bila tengok Fahri sudah cekap berjalan, U turn, pusing 360 darjah dan reverse.. hehhe..macam bwk kete plk

rumah aku mmg agak bersepah hasil kerja tangan fahri yang mmg suka menyepahkan barang permainannya.. nak sorok kotak permainan tu tak sampai hati plk.. biar je la... harap kawan2 abaikan latar belakang gambar yang kurang menyenangkan mata yerk.. hehehhe


TORES kenit...


bersedia dengan jersey dan kasut....


amacam... ada gaya mcm tores turun padang tak?? hehehhe

ps: merekalah buah hati aku..

yesterday interview...

Alhamdulillah... everything look like ok.. besides, i know that interviewer before because i have experience work with him...

it just look like short discussion about my experience.. towards the end of that discussion, he said that he just need the VP approval before proceed with the HR department for the recruitment..

But there still no confirmation that i will get the job. I really hope i can hear good news from them as soon as posible..

If there 'rezeki' for me, Alhamdulillah.. it good for my career path..